ZZRianz Oldskool Community
Would you like to react to this message? Create an account in a few clicks or log in to continue.

Kembara Taman Negara VI 16.09.2011 - 18.09.11

+20
nawza
hairol21
ni_juan82
ManCaL
Raziskov
alif283
jani
Amm
adambikers
faizal_bulat
furqaan
syd
jimf
kudud
ZAM@GHIMEHV
Admin
mat zzr
Apai
kamalia
memosha
24 posters

Page 1 of 10 1, 2, 3, 4, 5, 6, 7, 8, 9, 10  Next

Go down

Kembara Taman Negara VI 16.09.2011 - 18.09.11 Empty Kembara Taman Negara VI 16.09.2011 - 18.09.11

Post by memosha Wed 20 Jul - 8:06

Salam saudara-saudaraku,

Saya bercadang untuk ke Taman Negara pada 16 September 2011 (Jumaat) dan pulang pada hari 18 September 2011 (Ahad). 16 September 2011 (Hari Malaysia) ialah cuti am, oleh itu saudara-saudaraku yang memang cuti hari Sabtu tidak perlu mohon cuti tambahan untuk mengikuti trip ini.

Jika ingin membawa keluarga tercinta, inilah peluang terbaik untuk bercuti dengan kos yang minima tetapi faktor kebahagiaannya termaksima. Bawa kereta dan kita berkonvoi bersama.

Perbelanjaan untuk trip 3 hari 2 malam ini-

Bilik di TRV Motel, Kuala Tahan – 1 katil RM20 semalam. Utk 2 malam seorang hanya bayar RM40.00 (1 bilik 4 katil, bilik mandi attached. Bersih dan selesa. Private parking depan motel. Selamat) Jika sewa 1 bilik untuk 1 malam hanya RM80.

Permit diri utk masuk Taman Negara (Wajib. Peraturan Perhilitan) – RM1.00 seorang

Permit kamera – RM5.00 utk setiap kamera (Peraturan Perhilitan)

Canopy Walk (jambatan gantung terpanjang di dunia bro!) – RM5.00 seorang

Menyeberang sungai dr Kuala Tahan ke Tmn Negara – RM1.00 sehala. Setiap kali hendak ke Taman Negara dari Kuala Tahan kita mesti menggunakan perkhidmatan bot untuk menyeberangi Sungai Tembeling.

Makan sendiri. Pengusaha motel ada restaurant di depan motel. Harga makanan dan minuman di Kuala Tahan mahal sedikit. Contoh- nasi goreng RM5.50.

Sewa bot untuk ke Sungai Tahan – RM20.00 seorang. (Utk pergi ke Kelah Sanctuary. Boleh bagi makan ikan kelah dengan tangan, bro. Geram. Geram.)

Rapid shooting – RM20.00 seorang. (Kita naik bot panjang utk melalui 7 set jeram. Kebiasaannya inilah merupakan xtvt paling menarik. Bersiap sedia untuk lenjun. (Orang Perak tahu makna perkataan ini)

Utk lebih mencabar lagi, bot akan bawa kita ke jeram dan kita berhanyut melalui jeram-jeram dengan hanya menggunakan pelampung tuib tayar lori. Life jacket wajib pakai. Ada berani ka? Dijamin terasa lebih seronok daripada memecut pada kelajuan 200 kmh di lebuhraya.

Menonton video Perhilitan mengenai Taman Negara di HQ Perhilitan – Percuma.

Jungle trekking – Percuma. (Hanya perlu menggunakan tenaga sendiri. Motosikal tidak dibenarkan)
Mengintai binatang di ran (Waktu malam. Intai binatang kaki 4 shj tau.) – Percuma.

Jika mendapat kebenaran (sudah 2 tahun pelawat tidak dibenarkan masuk kerana wabak kuku dan mulut), dalam perjalanan pulang pada hari Ahad itu, kita akan singgah untuk menziarah Pusat Pembiakan Seladang di Felda Jenderak Selatan. Satu-satunya pusat pembiakan seladang di dunia. Dapat melihat seladang dari dekat.

Sila berikan nama dan jumlah katil atau bilik yang dikehendaki jika confirm pergi untuk urusan booking motel. Booking mesti awal kerana selalunya cuti 3 hari pada hujung minggu paling ramai pelancong menziarah (penggunaan perkataan ini sudah tentu tidak akan menyebabkan posting ini di delete) Taman Negara.

Jadual xtvt yang lengkap untuk trip ini akan diberikan kemudian.

Datanglah beramai-ramai. Cool

memosha
memosha

Posts : 146
Join date : 19/06/2011

Back to top Go down

Kembara Taman Negara VI 16.09.2011 - 18.09.11 Empty Re: Kembara Taman Negara VI 16.09.2011 - 18.09.11

Post by kamalia Wed 20 Jul - 9:08

Like
kamalia
kamalia

Posts : 4015
Join date : 21/01/2010
Age : 48
Location : KL / Putajaya

Back to top Go down

Kembara Taman Negara VI 16.09.2011 - 18.09.11 Empty Re: Kembara Taman Negara VI 16.09.2011 - 18.09.11

Post by Apai Wed 20 Jul - 9:11

Like
Apai
Apai

Posts : 2787
Join date : 20/01/2010
Age : 53
Location : Batu Pahat & Port Klang & Shah Alam

Back to top Go down

Kembara Taman Negara VI 16.09.2011 - 18.09.11 Empty Re: Kembara Taman Negara VI 16.09.2011 - 18.09.11

Post by mat zzr Wed 20 Jul - 9:19

ada trip ke Taman Negara...best ni.
mat zzr
mat zzr

Posts : 8224
Join date : 20/01/2010
Age : 36

Back to top Go down

Kembara Taman Negara VI 16.09.2011 - 18.09.11 Empty Re: Kembara Taman Negara VI 16.09.2011 - 18.09.11

Post by Admin Wed 20 Jul - 9:34

Salah parking tajuk ni...
saya pindahkan ke Thread "Ride Terdekat" k..

harap maklum...
Admin
Admin
Admin

Posts : 131
Join date : 19/01/2010

https://zzrianzoldskool.forumms.net

Back to top Go down

Kembara Taman Negara VI 16.09.2011 - 18.09.11 Empty Re: Kembara Taman Negara VI 16.09.2011 - 18.09.11

Post by ZAM@GHIMEHV Wed 20 Jul - 9:44

akak Admin, den cari kat "rIDE tERDEKAT" takdo, jdi den posting kek sini aje la...

Memosha, masukkan nama den dlm listing....moto dah lepas running in dah nih..
ZAM@GHIMEHV
ZAM@GHIMEHV

Posts : 2458
Join date : 25/04/2011

Back to top Go down

Kembara Taman Negara VI 16.09.2011 - 18.09.11 Empty Re: Kembara Taman Negara VI 16.09.2011 - 18.09.11

Post by kudud Wed 20 Jul - 9:59

menarik, tertarik!! i like too.. da blh ganti family day ni, terbaikk..

bangGHIMEH!! proposal utk family lah!! scratch erkk, nak g ngan wife nek muto ea?
kudud
kudud

Posts : 3418
Join date : 11/03/2010
Age : 41
Location : klang,selangor

Back to top Go down

Kembara Taman Negara VI 16.09.2011 - 18.09.11 Empty Re: Kembara Taman Negara VI 16.09.2011 - 18.09.11

Post by jimf Wed 20 Jul - 10:01

Like..
jimf
jimf

Posts : 10472
Join date : 20/01/2010
Age : 59

Back to top Go down

Kembara Taman Negara VI 16.09.2011 - 18.09.11 Empty Re: Kembara Taman Negara VI 16.09.2011 - 18.09.11

Post by ZAM@GHIMEHV Wed 20 Jul - 10:22

Dud...takbley bwk family la...bebudak semua kecik laei.... klu bwk pun diorg bukan paham mende...so lebih baik bwk skendel....dia lebih memahami segalanyer.....heh..heh..heh..
ZAM@GHIMEHV
ZAM@GHIMEHV

Posts : 2458
Join date : 25/04/2011

Back to top Go down

Kembara Taman Negara VI 16.09.2011 - 18.09.11 Empty Re: Kembara Taman Negara VI 16.09.2011 - 18.09.11

Post by syd Wed 20 Jul - 10:24

Uuuuhhhhh!

"SyahidahJamsari Like This!"
syd
syd

Posts : 1409
Join date : 29/04/2010
Age : 41
Location : Kuala Lumpur

Back to top Go down

Kembara Taman Negara VI 16.09.2011 - 18.09.11 Empty Re: Kembara Taman Negara VI 16.09.2011 - 18.09.11

Post by ZAM@GHIMEHV Wed 20 Jul - 10:31

syd wrote:Uuuuhhhhh!

"SyahidahJamsari Like This!"

len mcm jer like nih...
ZAM@GHIMEHV
ZAM@GHIMEHV

Posts : 2458
Join date : 25/04/2011

Back to top Go down

Kembara Taman Negara VI 16.09.2011 - 18.09.11 Empty Re: Kembara Taman Negara VI 16.09.2011 - 18.09.11

Post by memosha Wed 20 Jul - 10:32

Salam saudara-saudaraku,

Senarai nama ahli untuk Kembara Taman Negara VI-

1. memosha sekeluarga (Naik kereta)
2. ZAM@GHIMVHB (Motosikal)
3.
4.
5.
6.
7.
8.
9.
10.
memosha
memosha

Posts : 146
Join date : 19/06/2011

Back to top Go down

Kembara Taman Negara VI 16.09.2011 - 18.09.11 Empty Re: Kembara Taman Negara VI 16.09.2011 - 18.09.11

Post by jimf Wed 20 Jul - 10:33

ZAM@GHIMEHV wrote:Dud...takbley bwk family la...bebudak semua kecik laei.... klu bwk pun diorg bukan paham mende...so lebih baik bwk skendel....dia lebih memahami segalanyer.....heh..heh..heh..

Kembara Taman Negara VI 16.09.2011 - 18.09.11 Facebooklike2
jimf
jimf

Posts : 10472
Join date : 20/01/2010
Age : 59

Back to top Go down

Kembara Taman Negara VI 16.09.2011 - 18.09.11 Empty Re: Kembara Taman Negara VI 16.09.2011 - 18.09.11

Post by jimf Wed 20 Jul - 10:50

Bro memosha... rasanya ramai teruja tu. Byk info tu, leh konpius gak hehe..
sini ramai geng bangko, kira2 ni byk fail. Kalu leh kasi quotation complete ok gak... contoh :-

Kos complete (penginapan, bot, mkn, acara siar2 rapid shooting dll) utk :-
1. Seorang dewasa
2. Couple (laki bini / balak awek)
3. Lima (5) org dewasa
4. Couple + 2 child..

hehe... kalu leh laaa
jimf
jimf

Posts : 10472
Join date : 20/01/2010
Age : 59

Back to top Go down

Kembara Taman Negara VI 16.09.2011 - 18.09.11 Empty Re: Kembara Taman Negara VI 16.09.2011 - 18.09.11

Post by memosha Wed 20 Jul - 11:04

Saudaraku jimf,

Jawapan kepada soalan-soalan saudara ialah:

1. Seoarang dewasa lebih kurang RM150.

2. Suami serta isteri tercinta, bilik 2 malam RM160, makan RM100, canopy walk+permit diri+permit kamera+seberang sungai+rapid shooting=RM67

3. Couple yang masih belum ada B Full (sijil nikah le tu Very Happy) Kita kena pisahkan tempat tidur mereka KBGL = RM150 seorang

4. Lima orang dewasa (jika dari 1 keluarga), bilik 2 malam RM160 (bawa toto, seorang boleh tidur atas lantai), anggaran kos yang lain sila rujuk #2.

4. Suami, isteri tercinta serta 2 orang anak lebih kurang sama dengan #2 hanya tambah sedikit untuk makan, canopy walk RM5 seorang dan bot kita boleh kaw tim dengan tuan punya bot nanti. Jangan bimbang, tuan punya bot bekas anak murid saya.
memosha
memosha

Posts : 146
Join date : 19/06/2011

Back to top Go down

Kembara Taman Negara VI 16.09.2011 - 18.09.11 Empty Re: Kembara Taman Negara VI 16.09.2011 - 18.09.11

Post by memosha Wed 20 Jul - 11:07

Salam saudara-saudaraku,

Agar racun lebih mujarab lagi, disertakan pula aturcara aktiviti pada hari pertama Kembara Taman Negara VI.

Aturcara :

JUMAAT – 16 SEPTEMBER 2011

8.00 pg. : Berkumpul di Dataran Masjid Putrajaya.
(Sila tepati masa untuk kelancaran program! Kelewatan anda
akan menyebabkan semua rakan lain terpaksa menunggu.)

8.15 pg : Taklimat mengenai perjalanan konvoi.

8.30 pg. : Konvoi berlepas.
(Pastikan tangki petrol sudah penuh sebelum datang untuk
taklimat. Yang biasa isi RM5.00 atau RM10.00, hari ini isi penuh sebelum berkumpul)

12.00 tgh. : Makan tengahari di Jerantut. Isi minyak di Jerantut.

1.30 ptg. : Berlepas ke Taman Negara.

3.30 ptg. : Di jangka sampai ke Kuala Tahan, Taman Negara.
Masuk ke TRV Motel, Kuala Tahan, Taman Negara.

5.30 ptg. : Taklimat aktiviti Kembara Taman Negara.

7.45 mlm. : Tayangan video di bilik tayangan Jabatan Perhilitan.

8.30 mlm. : Makan malam. (Nak mudah kita makan di restoran TRV Motel.)
memosha
memosha

Posts : 146
Join date : 19/06/2011

Back to top Go down

Kembara Taman Negara VI 16.09.2011 - 18.09.11 Empty Re: Kembara Taman Negara VI 16.09.2011 - 18.09.11

Post by memosha Wed 20 Jul - 11:08

Hari kedua pula.

SABTU – 17 SEPTEMBER 2011

7.00 – 7.30 pg : Sarapan.

7.30 pg – 2.00 ptg : Canopy Walk. (Titi gantung yang tingginya lebih kurang 30 meter
dari tanah dan diikat pada pokok-pokok besar. Titi gantung terpanjang di dunia.Pasti satu pengalaman yang tidak dapat dilupakan. Jikalau ada “phobia” pada ketinggian, tolong jangan naik.)

Rapid’s shooting. Menempuh jeram dengan menaiki bot panjang. (bersedialah untuk di pukul ombak di jeram, semua barang yang tidak boleh kena air hendaklah dibalut dengan plastik)

Jungle trekking ke Bukit Tresek. (Bukit ini tidak berapa tinggi dan ada disediakan denai untuk pendaki. Boleh nampak Gunung Tahan dari puncak Bukit Tresek, jika cuaca cerah. Disyorkan bawa bekalan air minum dan kudapan bagi megisi perut.)

2.00 – 5.00 ptg : Makan tengahari dan rehat.

5.00 – 6.30 ptg : Ke Lubuk Simpon, mandi sungai atau jika suka boleh pergi
memancing.


8.00 – : Free and easy. Buatlah apa yang anda suka. Nak bersidang pun
takpe.(Bebaslah maknanya tu!) Jangan tak tidur sudah.
memosha
memosha

Posts : 146
Join date : 19/06/2011

Back to top Go down

Kembara Taman Negara VI 16.09.2011 - 18.09.11 Empty Re: Kembara Taman Negara VI 16.09.2011 - 18.09.11

Post by memosha Wed 20 Jul - 11:10

Hari ketiga pula.

AHAD – 18 SEPTEMBER 2011

8.00 – 9.00 pg : Sarapan.

9.00 – 10.30 pg : Shopping “souvenirs” di Kuala Tahan. Ada kompleks cenderamata
di Kuala Tahan.

10.30 – 11.00 pg: Kemas barang untuk pulang

11.00 pg : Berlepas ke Jerantut

1.00 tgh : Makan tengahari di Jerantut. Isi penuh minyak di Jerantut.

2.00 ptg : Berlepas ke Pusat Pembiakan Seladang, Kuala Krau, Temerloh. (Satu-satunya di dunia, beb! Jika mendapat kebenaran.)

3.00 ptg : Melawat Pusat Pembiakan Seladang, Kuala Krau

4.00 ptg : Berlepas pulang.

PERINGATAN BAGI KITA SEMUA
- Petrol, tambang bot (Menempuh jeram), sarapan dan makanan adalah atas tanggungan sendiri.
- Bayaran untuk canopy walk ialah RM5.00 seorang.
- Permit masuk ke Taman Negara ialah RM1.00 seorang.
- Permit pancing ialah RM10.00 bagi satu joran jika memancing di Taman Negara.
- Permit kamera ialah RM5.00 bagi setiap satu kamera.
- Tidak dibenarkan memotong atau mengambil apa-apa kayu atau bahagian
tumbuhan semasa di Taman Negara. (Dendanya amat berat.)
“Take nothing but photographs, leave nothing but footprints.”
- Tidak dibenarkan membawa jaring atau jala ke dalam kawasan Taman Negara.
- Jika nak merasa makan di restoran terapung, terdapat lebih kurang 10 restoran terapung di Kuala Tahan yang harga makanan serta minumannya mahal sedikit.
- Jika terdesak, petrol ada dijual di kedai runcit di Taman Negara tetapi kualitinya tak terjamin. (Selalunya petrol telah campur 2T)
- Bawa lampu suluh untuk kegunaan pada waktu malam.
- Sayangilah nyawa anda. Berhati-hati semasa mandi kerana sungainya dalam dan berbahaya. (Setiap tahun terdapat kejadian pelancong lemas, oleh itu jangan jadikan diri salah satu statistik bagi tahun ini.)
- Untuk menyeberang sungai, dikenakan tambang bot sebanyak RM1.00 seorang.
- Bayaran untuk menempuh jeram ialah RM20 seorang.
- Bawa pakaian dan kasut yang sesuai untuk jungle trekking dan sebagainya.
- Sila bawa bekalan air dan makanan sendiri semasa mengikuti acara trekking dan sebagainya kerana makanan serta air mineral di Taman Negara Resort tersangatlah mahal harganya.
- AKHIR SEKALI, TEPATILAH MASA. “TIME AND TIDE WAITS FOR NO MAN.”
memosha
memosha

Posts : 146
Join date : 19/06/2011

Back to top Go down

Kembara Taman Negara VI 16.09.2011 - 18.09.11 Empty Re: Kembara Taman Negara VI 16.09.2011 - 18.09.11

Post by jimf Wed 20 Jul - 11:11

Bro memos... mungkin ramai yg nk bawa moto jugak.
Tolong kasi ketenangan sikit kat diaorg ni kat mana nk simpan moto tu..
kat Kuala Tembeling kan? Berapa kos utk simpan moto 3 hari tu, berbumbung ke tidak dan sbgainya..

Harap bantu...tq
jimf
jimf

Posts : 10472
Join date : 20/01/2010
Age : 59

Back to top Go down

Kembara Taman Negara VI 16.09.2011 - 18.09.11 Empty Re: Kembara Taman Negara VI 16.09.2011 - 18.09.11

Post by ZAM@GHIMEHV Wed 20 Jul - 11:15

hmm... bom ikan tak termasuk dlm bahan larangan.... ok la tu...
ZAM@GHIMEHV
ZAM@GHIMEHV

Posts : 2458
Join date : 25/04/2011

Back to top Go down

Kembara Taman Negara VI 16.09.2011 - 18.09.11 Empty Re: Kembara Taman Negara VI 16.09.2011 - 18.09.11

Post by memosha Wed 20 Jul - 11:17

Hukumannya teramatlah berat. Penjara tu bro. Tak dapat saya nak melawat nanti. Very Happy Very Happy Very Happy

Ok lah nak masuk kelas sekarang. Cool
memosha
memosha

Posts : 146
Join date : 19/06/2011

Back to top Go down

Kembara Taman Negara VI 16.09.2011 - 18.09.11 Empty Re: Kembara Taman Negara VI 16.09.2011 - 18.09.11

Post by mat zzr Wed 20 Jul - 11:34

perghhhh...ini lah itenari yg paling lengkap aku pernah jumpa selama aku jadi zzrianz...
mat zzr
mat zzr

Posts : 8224
Join date : 20/01/2010
Age : 36

Back to top Go down

Kembara Taman Negara VI 16.09.2011 - 18.09.11 Empty Re: Kembara Taman Negara VI 16.09.2011 - 18.09.11

Post by mat zzr Wed 20 Jul - 11:36

memosha wrote:Hukumannya teramatlah berat. Penjara tu bro. Tak dapat saya nak melawat nanti. Very Happy Very Happy Very Happy

Ok lah nak masuk kelas sekarang. Cool

ghimeh tu acah je lebih...nak bom ikan konon...berenang pun tak tau...
mat zzr
mat zzr

Posts : 8224
Join date : 20/01/2010
Age : 36

Back to top Go down

Kembara Taman Negara VI 16.09.2011 - 18.09.11 Empty Re: Kembara Taman Negara VI 16.09.2011 - 18.09.11

Post by Apai Wed 20 Jul - 11:46

mat zzr wrote:
memosha wrote:Hukumannya teramatlah berat. Penjara tu bro. Tak dapat saya nak melawat nanti. Very Happy Very Happy Very Happy

Ok lah nak masuk kelas sekarang. Cool

ghimeh tu acah je lebih...nak bom ikan konon...berenang pun tak tau...

tapi Ghimeh dah belajar ....menyelam sambil minum air...(ni pun jimf yg bagitau)
Apai
Apai

Posts : 2787
Join date : 20/01/2010
Age : 53
Location : Batu Pahat & Port Klang & Shah Alam

Back to top Go down

Kembara Taman Negara VI 16.09.2011 - 18.09.11 Empty Re: Kembara Taman Negara VI 16.09.2011 - 18.09.11

Post by memosha Wed 20 Jul - 11:50

Saudaraku jimf,

Kita akan berkonvoi hingga ke Kuala Tahan sebab sekarang ini jalan raya yang baik telah disediakan untuk menghubungkan Kuala Tahan dengan dunia luar. Hanya dibeberapa lokasi jalannya pecah-pecah sedikit disebabkan lori balak yang melalui jalan ini.
Kita tidak perlu lagi ke Kuala Tembeling. Hanya pelancong yang menaiki bot dari Kuala Tembeling untuk ke Taman Negara yang akan ke jeti Kuala Tembeling.

TRV Motel terletak lebih kurang 1 km daripada sungai. Di TRV Motel, tempat parking (tidak berbumbung) disediakan khas untuk house guest secara percuma. Orang luar tidak dibenarkan meletakkan kenderaan di situ. Kenderaan kita akan selamat kerana akan sentiasa diawasi oleh staf motel.

Untuk ke tepi sungai pula kita boleh arrange agar pihak pengurusan TRV Motel menghantar kita dengan menggunakan kenderaan mereka (Disediakan sebuah Storm). Jika nak bawa kenderaan kita ke tepi sungai pun boleh. Ada disediakan tempat letak kereta awam berhampiran sungai dan parking adalah percuma.

Jika nak tempat letak kenderaan berbayar pun ada disediakan di Kuala Tahan. Bayaran yang dikenakan ialah RM5 sehari. Tempat letak kenderaan ini tidak berbumbung tapi berpagar serta ada pengawal ditugaskan di situ.
memosha
memosha

Posts : 146
Join date : 19/06/2011

Back to top Go down

Kembara Taman Negara VI 16.09.2011 - 18.09.11 Empty Re: Kembara Taman Negara VI 16.09.2011 - 18.09.11

Post by Sponsored content


Sponsored content


Back to top Go down

Page 1 of 10 1, 2, 3, 4, 5, 6, 7, 8, 9, 10  Next

Back to top

- Similar topics

 
Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum