Camner nak balance carb ? (dari arwah mahaguru aku..functionx@methodx)

View previous topic View next topic Go down

Camner nak balance carb ? (dari arwah mahaguru aku..functionx@methodx)

Post by adambikers on Wed 20 Jan - 19:56

Camner nak balance carb ?
1) apakemenda balance/sync/timbang kabeletter/carb ni ?

-sempoi ajer, balance carb adalah menedjas bukaan throttle valve (carb butterfly valve) supaya silinder-silinder motor menghasilkan kuasa yg sekata. Motor thumper atau satu silinder tak perlu balance carb ni. Motor multi-cylinder yg pakai single carb pun tak perlu balance carb.


2) apsal kena buat ?

-supaya motor idle senang, start senang, jimat minyak (sket), dan pickup lebih (sket), dan kurang vibrate (sket).

Boleh buat pakai mata dengan cabut carb tu, dan edit sambil memerhati bukaan throttle valve menggunakan lubang pilot jet atau idle screw sebagai panduan. Memang boleh dapat 100% sama bukaan cara ni.... tapi penjanaan kuasa silinder enjin motor masih tak 100% sama, walaupun tappet dah diselaraskan. Mungkin ada beza 0.0002% yg kita tak nampak kalau tak pakai vacuum gauge atau mannometer.


3) penting ke nak buat ?

-tak penting. Biasanya orang tak tau pun motor dah balance carb ke tidak. Pedrosa lain cerita lah kot. rake angle lari 0.001 darjah pun dia boleh kantoikan...


4) risiko tinggi ke kalau nak jadi silap apa-apa ?

-risiko rendah. Kalau silap habis kuat pun enjin susah nak start atau takleh idle atau idle tak cun. Jadi itu macam.... kita tempah sesi kat bengkel pemes kat melaka tu lah... tapi yg kantoi tu kena bawa pengeras lah utk tok moh kita... hehehehe



5) apakebenda yg perlu ?

-skru driver flathead
-mannometer (lihat bawah)


6) mannometer ? bapak mahal. yg guna merkuri tu ajer dah berapa ratus sebijion. Yg digital tu lagi macam haram rege !

-eh tak perlu beli pun. Kena ada dua bijik botol sos, dan lebih kurang 2 meter clear plastic tubing yg boleh muat kat vacuum tube motor anda.



sorry nampak buruk. Menda ni dah lama... 2 thn dah agaknya aku pakai. Botol sos life thai chili sos digunakan sebab ketepatan meningkat 0.5196% berbanding pakai botol sos lingam.

Bawah ni cara ia berfungsi.




dlm gambar kat atas.. carb 1 menghasilkan vacuum yg lebih kuat berbanding carb 2 ; tekanan udara dlm botol 1 lebih rendah dari botol dua, jadi air mengalir dari botol 2 ke botol 1. Kesimpulannya, carb tak balance. Jadi kena kasi bukaan throttle valve carb 2 lebih sikit berbanding carb 1. Ada sebijik skru antara carb yg mengedjas bukaan throttle valve satu carb vs satu carb lain.

sempoi bukan ? selagi carb tak balance, selagi tu air akan mengalir dari satu botol ke satu botol yang lain. Tak kisahlah mengalir dari botol mana ke botol mana. Selagi ia mengalir, tu tandanya carb tak balance lah ! (kalau ko takde vacuum leak kat device ko lah)

Objektif anda adalah utk edjas bukaan throttle valve supaya vacuum dari carb 1 dan carb 2 adalah sama ; yg akan memastikan takde perbezaan tekanan dlm botol dan menyebabkan paras air berhenti berubah.

yg warna biru tu, air paip.
yg warna merah, tiub sambungan botol.
warna hijau dan purple, tiub sambung ke vacuum tube motot.

lagi satu. Ini bukan idea ori aku. Dapat dari mag jepun mana tah.. aku pun tak paham title. Geng ex250 us pun ada gak bikin menda ni, boleh tengok kat wiki diorang.


8 )air paip ? tak mampos ke enjin aku kalau tersedut masuk dlm carb ?

perhatikan design kat atas. Jangan isi penuh satu botol dengan air. Setiap botol isi 1/3 ajer. Jadi kalau air habis dipindah ke satu botol, tinggi takat 2/3... tak cecah paip yg sambung ke carb dan tak dapat disedut ke dlm enjin.

kalau air disedut pun... cabut ajerlah tiub tu ! masuk sikit-sikit takpe... biasanya akan jadi wap sebelum sampai ke intake valve. Jangan masuk sampai 100 atau 200ml sekaligus sudah lah !

kalau termasuk minyak, lagi teruk.. nanti ko overhaul ko tengoklah rupa muka intake valve ngan combustion chamber ko camner... konfem tak hensem punya.

guna ATF ? kene tangan ko.... habisler bini ko takmo cium dah dihari raya...

guna petrol ? uih dahler mahal... toksik lagi... dahtu ko biar 2-3 hari habis tersejat semua.

lagipun, air adalah tak likat dan mudah mengalir, maka ia lebih peka pada perbezaan tekanan berbanding say... minyak 20w-50.




9) habis tu camner nak buat ?

camni :

a)bikin itu mannometer. Kalau takde botol kosong gi sambar sebijik dua kat kfc (McD tak guna botol dah) ... pastikan takde orang nampak ko lah.

b)gi ride 10-15 minit kasi panas enjin.

c)sambungkan vacuum tube motor ke mannometer. start enjin kasi idle.
contoh sambungan :



d)Tengok air lari ke botol mana masa idle. Jangan rem motor. Idle patut kat <1900rpm. Pusing skru antara carb supaya air berhenti mengalir (aka water level kedua-dua botol berhenti berubah).

skru yg diedjas :



e) bila air berhenti mengalir, objektif tercapai. Kalau rpm tinggi @ rendah dari spec idle, kasi normal balik guna throttle stop screw @ idle knob (aka orang panggil timing screw). Rem-rem sikit. Masa rem memang normal kalau air mengalir, asalkan bila lepas throttle dan enjin idle, air tak mengalir, jadilah.

Kalau air mengalir jugak lepas set idle speed ke factory setting, balik ke step (d).

Bila confirm air tak mengalir lepas rem berapa kali pun, pasang balik sumer tube macam asal pastu gi test ride. Mesti best punya !


tips :

-skru antara carb tu tak payah pusing banyak. Biasanya dlm 1/4 atau 1/2 dah siap. Kalau kena pusint 2-3 pusingan, something wrong laaaa

-kalau lepas rem & lepas throttle, air tak berhenti mengalir, adjust lagi sekali. Kalau tak dapat juga, ada masalah ngan idle circuit. Ini kena bukak carb, sync throttle valve pakai mata, pastu adjust idle mixture secara manual, baru boleh fine tune carb balance.

Motor aku pernah jadi sekali... lepas hantar kedai mana kat tmn connaught yg claim reti edjas carb (konon free sambil overhaul). . Cuba setting camner pun dia takmo balance... jadi terpaksa buat cara manual, pastu baru boleh sync carb no problemo.


-kat cap botol sos tu... lepas pasang tube sumer... kasi seal ngan gam dunlop sebelum tutup botol. Baru betul-betul takde leak.


-utk motor 4 silinder.. ikut kata manual lah. aku tak ingat.. rasanya 1-2 dulu, pastu 2-3, pastu baru 3-4 kan ? kalau salah betulkan lah. Aku minat twins, tak hafal sangat utk 3 atau 4 silinder.



sekian, itulah yg dapat aku sumbangkan kat board ni pada masa ni.
err... jangan disalah erti maksud ayatku ituâ„¢ (takde budak aperla kat board ni kan ? )


artikel original dari forum asal dah takde sebab kena delete dah forum tu... harap maklong


Last edited by adambikers on Tue 16 Oct - 19:39; edited 1 time in total

adambikers

Posts : 2914
Join date : 20/01/2010

View user profile

Back to top Go down

Re: Camner nak balance carb ? (dari arwah mahaguru aku..functionx@methodx)

Post by 7afad7 on Sun 14 Mar - 0:20

ilmu yg amat berguna....semoga ALLAH memberkati kepada siapa yg menyampaikan ilmu yg bermanafaat ini...amien..! Laughing

7afad7

Posts : 58
Join date : 13/03/2010
Location : SeReMbAn

View user profile

Back to top Go down

View previous topic View next topic Back to top

- Similar topics

 
Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum